Wednesday 4 November 2009

Cantik dan indah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Puisi mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya samada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan, untuk menolong kebenaran atau kebatilan. Dalam setiap perkara yang berkait dengan fikiran atau pun hakikat kehidupan, kerana jiwa manusia menyukai keindahan, dan syair adalah keindahan seluruhnya, boleh baginya menambah kejelasan kepada hak dan kebenaran dan boleh juga untuk menutup kekurangan dan penyelewengan yang ada pada kebatilan sehingga menjadikannya cantik dan indah.

Tiada seorang pun yang dapat melepaskan diri dari tawanan dan pengaruh syair, melainkan hati yang dimakmurkan dengan iman secukupnya.

[al-Munthalaq, Muhammad Ahmad al-Rasyid]


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.